Assalamualaikum
lama sangat tak update pape kat dalam blog yg tercinta ni. alhamdulillah syukur kpd Allah SWT sebab masih beri aku dan yg lain peluang untuk terus sujud kepada MU.
okey sebenarnya aku nak share status aku sekarang yang dah pun begelar seorang isteri kpd seseorang yg dah bersama-sama aku utk 4 tahun ni. actually aku dan usben kenal tahun 2013 . then lost contact hampir setahun. but then, tup2 dia contact aku semula. wow suprise !! sebenarnya tak suprise pun haha . dah agak dia akan find me again. utk ape ? ada lah sebabnya . =)
berkawan-kawan je masa tu, so so je la rasanya masa tu. sebab aku pon masa tu ada berkawan dgn org lain. tak serius mana pon sebab masa tu fikir aku MASIH MUDA. (
sampai la tahun 2015, awal tahun mcm tu dia propose ajak bertunang, katanya dah tak nak main-main. wow ?! ayat lelaki kalau dh serius terkezut mak . hihi . then kitaorg decide bulan ogos 2015 sempena bufday usben masa tu. (kira besday present lah =P ) . so bermula lah liku2 kehidupan kami waktu bertunang. macam2 dugaan wey . hampir2 aku nak menyerah je . tapi syukur semuanya okay .
mac 2017 menjadi titik noktah relationship kami. denga terlafaznya akad pertama 18 mac 2017 sah menjadi suri di hati encik usben :) alhamdulillah semua dipermudahkan. preparation hanya 2 bulan. bayangkn lah ? semua serba cukup. mei 2017, aku pregnant. rezeki kami. sepanjang kehamilan aku tak ada alah yg teruk. biasa2 je. =) penat keje tu smua cabaran bagi aku. dalam tempoh ni jugak, aku beperang dgn perasaan. ye lah wanita prengnant ni emosi tak menentu. hihi. yg dah alami akan faham maksud aku knp emo :(
Januari 2018 . Lahirnya si comel cinta hati aku dan usben . 39w 4 hari dia lahir . 5.39 pagi time masuk waktu subuh . allahuakbar! sakit melahirkan tu hy ibu-ibu je yg tahu perasaannya. tak terucap. aku hy ingat allah, usben & ibu aku je masa tu. Baby girl aku lahir sgt mudah. gembiranya hati dpt tgk wajah yg suci tu.
Baby Dhia Qasrina nama diberi. omey. se omey ibu dia. hihi .
okey lah . harini ramadan ke 27. tak lama lagi dh nak raya. selamat hari raya semua =)
No comments:
Post a Comment